Cabang geografi Geografi

Geografi fizikal

Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang:

  1. Bumi sebagai satu sistem
  2. Batuan
  3. Laut dan lautan
  4. Iklim
  5. Luluhawa
  6. Ekosistem
  7. Tumbuhan dan haiwan liar.

Geografi manusia

Aspek manusia pula merangkumi aspek ekonomi, politik, kebudayaan, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Aspek manusia lebih tertumpu kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.Terdapat juga kajian dijalankan mengenai Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Penilaian Harta Tanah Kediaman[1]Terdapat beberapa bidang dalam Geografi Manusia. Antaranya ialah Geografi Bandar,Geografi Ekonomi, Geografi Politik, Geografi Sejarah, Geografi Budaya, Geografi Kesihatan, Geografi Perniagaan, Demografi, Geografi Agama dan sebagainya.

Geografi persekitaran manusia

Pada sekitar pelupur alam sekeliling (environmental determinism), geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelupur alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua cabang bidang geografi alam sekitar manusia: ekologi kebudayaan dan politik (cultural and political ecology (CAPE)), dan kajian ancaman semulajadi.

Geografi sejarah

Geografi sejarah adalah ilmu yang mempelajari tentang manusia, fisik, fiksi, dan fakta geografi pada masa lampau. Ilmu displin ini memiliki bahasan yang sangat luas dan beragam. Umumnya membahas tentang geografi masa lalu dan bagaimana perubahan sebuah wilayah atau tempat berdasarkan waktu. Selain itu juga membahas tentang hubungan manusia dengan lingkungan dan menciptakan kebudayaan alam. Pembahasan geografi sejarah juga mencari bagaimana kebudayaan manusia itu muncul dan berkembang dengan pemahaman hubungan manusia dengan lingkungan.

Geografi sains maklumat